Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu
bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak..
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang
seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta
mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing
dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program
jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
·
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
·
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan
kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci
penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin
di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah
itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga
diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program
bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada
kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia
Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua
dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan
pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah
melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat
yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
·
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan
kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
·
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat
menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat
kegiatan ekonomi.
·
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum
Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
·
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin di luar bandar.
terima kasih, perkongsian yang menarik :)
ReplyDeletesemoga ianya memberi maklumat yang berguna...
ReplyDelete