Contoh-contoh usahawan melayu berjaya di Malaysia...
1. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
Tan Sri Syed Mokhtar
Albukhary merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia dan pertama orang
melayu kaya di Malaysia. Beliau Dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar,
Kedah, dari keluarga yang berasal dari Hadhramawt, Yemen dan mempunyai tujuh
orang adik-beradik, beliau merupakan anak yang ke tiga. Tan Sri Syed
Mokhtar hidup dalam serba kekurangan pada usia mudanya. Atas faktor kesempitan
hidup, beliau hanya mampu bersekolah hingga ke Tingkatan Lima untuk memberi
laluan kepada adik-beradik yang lain meneruskan pelajaran.
Kisah kejayaan dalam
bidang perniagaan beliau bermula dengan membantu ibu dan bapanya berniaga lembu
sekitar tahun 1960-an. Namun perniagaan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran
wabak penyakit yang melanda pada ternakan mereka. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan
perniagaan lori pada tahun 1970-an. Syarikat lori yang dikenali sebagai
Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Terkenal sebagai seorang
yang berpandangan jauh, usaha beliau tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada
tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau yang pertama
di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).
Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan
menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama,
Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan
beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar
menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan
dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sejak dari itu, perniagaan
milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan
sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia,
seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang
ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-5 terkaya di Malaysia
oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini
Taikun Malaysia ini telah
meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di
syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan
Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff
Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Dikenali sebagai seorang figura yang
dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang luar biasa tingginya, beliau
telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti
Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut
memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji
Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Terbaru, jutawan
berhati mulia ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri
Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan
Pudu.
Sebagai "Jutawan
Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu bapanya,
Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak
pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan.
Antara pingat dan anugerah yang diterima oleh beliau ialah Tokoh Maal Hijrah
peringkat kebangsaan.
2. YBhg. Tan Sri Dato' Azman Hashim
YBhg.
Tan Sri Dato' Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada
bulan Julai 1939. Beliau mempunyai 13 orang adik-beradik dan beliau
merupakan anak ketiga di dalam keluarganya. Bapanya bekerja sebagai juruteknik
manakala ibunya pula seorang guru. Beliau bersekolah di Malay Boy's School,
Setapak dan kemudiannya ke Methodist Boy's School di Sentul dan menamatkan
sijil persekolahan pada tahun 1954 ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1955,
beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines
& Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun 1960. Apabila pulang ke tanah
air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah
empat tahun di Bank Negara, beliau memulakan syarikatnya
sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964. Kemudiannya dikenali dengan
nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered Accountants). Beliau meninggalkan
syarikat itu pada Mei 1971 dan menyertai Malayan Banking Berhad sebagai Pengarah
Eksekutif (Jun 1971-Dis 1980). Beliau juga merupakan Pengarah di bank yang sama
semenjak tahun 1966. Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk
menyertai Kwong Yik Bank Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982. Tahun 1982
merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila berjaya membeli 40
peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai (kemudiannya dinamakan
Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB). Di tahun yang sama, beliau telah
membeli Arab-Malaysian Development Bank (kemudiannya Arab Malaysian Merchant
Bank atau AMMB). Kini beliau merupakan Group Chairman bagi Arab-Malaysian Group
of Companies. Di antara kumpulan yang mana beliau menjadi pengerusinya adalah
AMMB Holding Berhad Group, Arab-Malaysian Corporation Berhad Group,
Arab-Malaysian Finance Berhad, Arab-Malaysian Credit Berhad, Arab-Malaysian
Property Trust Management Berhad, Arab-Malaysian Development Berhad Group dan
Redifussion Berhad Group. Beliau juga menjadi pengerusi bagi South Peninsular
Industries Berhad, Pembangunan MasMelayu Berhad, Malaysian South Corporation
Berhad dan MIMOS Berhad. Penglibatan beliau dalam bidang kewangan, meliputi
bank saudagar, bank perdagangan, saham, insurans hayat dan insurans am, amanah
harta dan pengurusan unit amanah, pembangunan harta termasuk kediaman dan rumah
rehat, pembuatan, pelancongan dan percutian amat membanggakan. Beliau pernah di
antaranya dinamakan sebagai seorang dari Asia's Banker of the Year (1985) oleh
Asian Finance, dianugerahkan ASEAN Businessman of the Year (1993) oleh ASEAN
Busines Forum dan Manager of the Year (1995) oleh Harvard Business School
Alumni Club of Malaysia.Selain itu beliau juga merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini.

No comments:
Post a Comment