Maksud dan Revolusi Keusahawanan
Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah
suatu proses dinamik untuk
mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang
menanggung risiko besar di dalam
‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan
nilai untuk sesuatu produk atau
perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang
baru dengan mengambil kira masa
dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan,
psikologi dan sosial. Dan menerima
manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan
kebebasan.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1)Keusahawanan
terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan
tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan
pasaran dimana proses tersebut
dibangunkan.
2)Keusahawanan
memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang
dilakukan.
3)Keusahawanan
adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang
perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) Keusahawan
menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.
Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti
oleh kepuasan peribadi dan
seterusnya
keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan
sebagai suatu proses inovasi
dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu,
organisasi, alam sekitar
(environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di
dalam kerajaan, pendidikan dan
kelembagaan
(institution).
Menurut
Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk
mcipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen
kerjaya / proses mcipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn
mgambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat
daripadanya.
Terdapat empat aspek asas di
dalam keusahawanan iaitu:
1)
Mencipta sesuatu proses yang
baru &
mempunyai nilai kepada usahawan &
pasaran dimana proses
tersebut dibangunkan.
2) Perlukan kesetiaan terhadap masa & usaha yang
dilakukan.
3) Individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan terutama dari aspek kewangan, psikologi & sosial.
4)
Menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan
keuntungan.
Peter F .Drucker mengatakan bahawa “Apa yang
kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di
Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena
dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”
Revolusi
keusahawanan
|
Zaman
|
Konsep dan
Teori
|
|
Pada zaman permulaan
|
§ Bermula zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan
perdagangan ke Timur Tengah.
§ menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang
merupakan penanggung risiko yg pasif.
§ keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang
tersebut.
|
|
Pada zaman pertengahan
|
§ mereka sebagai seorang yg terlibat di dalam menjaga &
mengawal projek produksi yg besar.
§ menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan.
§ mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka adalah
seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam &
gereja.
|
|
Abad ke 17
|
§ Terdapat hub diantara risiko & usahawan.
§ Mereka menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk sediakan
perkhidmatan/ membekalkan produk yang telah ditentukan.
§ Harga kontrak adalah tetap jadi, rugi / untung ditanggung oleh
usahawan.
§ Pakar ekonomi Richard Cantillion berpendapat
mereka merupakan penerima risiko.
|
|
Abad ke 18
|
§ mereka dipisahkan daripada pembekal modal atau pemberi modal.
§ Ini kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku
diseluruh dunia. seperti Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna
kapital, BUKAN pembekal modal
|
|
Abad ke 19 dan 20
|
§ bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk,
teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. Individu yang mencipta produk yang
belum ada di dunia ini contohnya seperti Bill Gates mencipta Microsoft dan
juga Steve Jobs yang mencipta Apples.
|
|
Abad ke 21
|
§ mereka sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.
§ mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko
§ ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis
(pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.
|
No comments:
Post a Comment