Wednesday, October 22, 2014

Aqua dan Pocari Sweat

Strategik pemasaran dua syarikat air kesihatan:

1. Aqua

Antara strategik yang yang dilakukan syarikat ini ialah memilih nama yang mudah untuk diingat dan ianya berkaitan dengan produk yang dikeluarkan. Semua pengguna dapat memahami bahawa perkataan aqua berkaitan dengan air maka dengan automatiknya pengguna dapat mengetahui produk yang dijual. Antara lain kekuatan perniagaan ini dapat kekal dalam pasaran  lebih dari 40 tahun ialah mempunyai staff atau pekerja yang komited dalma membantu syarikat untuk berjaya dalam pengeluaran air kesihatan ini. Seterusnya ialah mereka dapat melihat peluang dan masalah yang dihadapi di Indonesia untuk memperoleh air yang bersih dan sihat, dengan wujud produk aqua ini mereka telah dapat menyelesaikan masalah penduduk di Indonesia. Antara strategik lain yang digukan oleh syarikat ini ialah meletak produk mereka setaraf dengan produk-produk besar yang telah lama berada dalam pasaran contoh seperti coca-cola dan lain-lain lagi. Syarikat aqua ini juga telah menggunakan warna biru sebagai warna rasmi produk mereka yang bermaksud air yang bersih dan sihat. Staf-staf pemasaran mereka telah memasarkan produk Aqua disetiap kedai runcit dan kawasan kunjugan orang ramai dengan cara ini mereka akan dapat maklum balas secara langsung dan lebih cepat dari peruncit dan pembeli @ pengguna. Selain itu Syarikat Aqua juga telah menjalankan tanggungjawab social koperat dengan member sumbangan kepada program-program yang bersesuaian seperti acara sukan dan lain-lain lagi. Ianya juga boleh dianggap sebagai serampang dua mata kerana selain mendapat pelepasan cukai ianya juga sebagai promosi atau publisiti produk air kesihatan Aqua kepada masyarakat. Ianya suatu strategik yang bijak dan promosi secara sumbangan ini lebih berkesan kepada pengguna unruk mengenali syarikat Aqua. Selain itu, untuk mengekalkan produk Aqua lebih lama berada dalam pasaran di Indonesia syarikat Aqua telah berkloberasi atau bergam=bung dengan syarikat dari luar negara yang juga satu jenama yang besar dan dikenali ramai diseluruh dunia iaitu Danone. Ianya dapat menyakinkan masyarakat di Indonesia kerana pengaruh dari syarikat luar yang mempunyai suatu nama yang besar. Selain penjual air, syarikat Aqua juga menyediakan perkhidmatan “Aqua Home Service” dalam membantu isirumah yang memerlukan air yang bersih dan sihat.



2. Pocari Sweat


Pocari Sweat merupakan suatu perniagaan yang bermula dari Jepun. Syarikat ini mengeluarkan produk air untuk memberi tenaga dan kesihatan. Mereka melakukan kajian sendiri dan mempunyai pekerja yang berkepakaran dalam menghasilkan air kesihatan dan untuk tenaga. Mereka menhasilkan produk ini melalui pengalaman mereka sendiri dan melihat tabiat orang ramai yang mahukan air untuk memulihkan tenaga disamping baik untuk kesihatan juga. Untuk mengeluarkan produk ini mereka memerlukan suatu idea yang kritis kerana ianya suatu yang belum ada di dalam pasaran pada ketika zaman itu. Masyarakat Jepun pada masa itu lebih mementingkan dan menjaga kesihatan, disebabkan itulah syarikat ini telah menemui idea untuk mencipta air kesihatan dan tenaga ini. Saya lihat setiap pekerja disyarikat ini, mereka komited dan bersungguh-sungguh dalam mencipta produk ini, ianya suatu budaya yang perlu ada dalam semua syarikat yang wujud kerana pekerja merupakan tulang belakang kejayaan sebuah syarikat itu. Pada April 1980, produk pertama syarikat retsebut telah dikeluarkan dan diberi nama “Pocari Sweat” pekerja bahagian pemasaran telah memasarkan produk mereka ke setiap kedai tetapi menerima respon yang negative kerana peruncit tidak yakin produk tersebut tidak diterima oleh orang ramai. Pemberian secara percuma kepada kanak-kanak sekolah dan orang awam selepas bersenam merupan strategic pemasaran yang berkesan kepada syarikat ini. Setelah itu orang ramai mula mencari produk ini di pasaran dan tanpa diduga setiap tahun penjualan air Pocari Sweat ini meningkat saban tahun dan sekarang syarikat ini telah memasarkan lebih ke 16 buah negara dan pemberian kepada setiap hospital kerana ianya terbukti sebagai air untuk kesihatan dan baik kepada pesakit.        

Wednesday, October 15, 2014

Artikel contoh usahawan berjaya

Dato’ Aliff Syukri cetus fenomena


Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

MEMILIH slogan Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertekad untuk menjadikan produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd terus laris di pasaran dan menjadi pilihan setiap orang.

Sebagai pengasas produk kosmetik paling muda di Malaysia, kini berusia 25 tahun, Aliff Syukri tidak pernah ketandusan idea bagi memajukan lagi perniagaan yang sudah tiga tahun bertapak di Malaysia.Hasil kerja keras beliau, hari ini produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd menjadi jenama yang mencetuskan fenomena di dalam industri herba kesihatan dan kosmetik di negara ini.


Bertemu dengan ayah kepada tiga orang cahaya mata ini di pejabat beliau di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, ternyata beliau seorang yang begitu peramah dan tidak meninggi diri.Mungkin juga ini yang menjadikan beliau begitu disenangi di kalangan mereka yang terlibat dengannya seperti stokis, pengedar, pengguna juga kakitangannya sendiri.


Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik ini, beliau bersyukur kerana hasil kerja yang tidak pernah mengenal penat, kini D'Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 orang stokis di seluruh negara.

''Sehingga ke hari ini, kami telah mengeluarkan sebanyak 60 jenis produk yang khusus untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.''Slogan 'Terlajak Laris
 dengan tidak secara langsung memberikan motivasi kepada saya untuk terus mengeluarkan produk terbaru untuk pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru.

''Produk terbaru D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah pewarna rambut super lebat yang wajib dicuba. Terdapat dalam warna hitam dan perang, keistimewaan pewarna rambut ini ialah ia diadun khusus untuk lelaki dan wanita Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan.

''Menggunakan bahan utamanya, iaitu inai (mountain rose herbs), bahan-bahan campuran lain ialah kelopak bunga raya, bunga marigold, teh kamomil dan daun rosemary.''Justeru itu pengguna tidak perlu bimbang kerana tiada bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan. Paling penting produk ini halal dan boleh dibawa sembahyang. Pewarna rambut ini memang berkesan dan pihak kami sanggup memulangkan wang jika pengguna mendapati ia tidak berkesan,'' kata Aliff Syukri yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.

Tambah beliau lagi, walaupun baru tiga bulan di pasaran namun sambutan yang diterima daripada seluruh negara terhadap pewarna rambut ini memang amat memberangsangkan.Beliau berkata, satu lagi produk yang merupakan antara produk terlaris D'Herbs Healthy Sdn Bhd ialah minuman jus kesihatan berherba Gamolex Gold.


Minuman jus kesihatan Gamolex Gold yang dijual pada harga RM88.80 ini kata beliau, boleh membantu merawat 1001 jenis penyakit seperti lemah jantung, kencing manis, kolestrol, sakit sendi, sakit lutut, osteoporosis, strok, asma, gout, prostat dan lemah tenaga batin.


Menceritakan pengalaman ngeri yang menimpa beliau tidak lama dulu Aliff Syukri berkata, peristiwa ditimpa kemalangan yang menyebabkan mukanya hampir hancur dan hidung patah, menjadi titik permulaan kepada terciptanya minuman jus kesihatan Gamolex Gold.


''Doktor memberitahu kecederaan di muka saya memang teruk dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya teringat tentang keistimewaan gamat dan kemudian meletakkan lendir gamat pada muka saya.''Ternyata ia amat berkesan dan Alhamdulillah luka pada muka saya semakin sembuh dalam masa dua minggu sahaja sedangkan doktor berkata proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan.


''Daripada situ, saya meminta seorang saintis untuk membuat kajian dan menghasilkan satu produk yang berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dan penyakit. Dan lahirlah Gamolex Gold.''Gamolex Gold mengandungi campuran 30 jenis herba dan kesannya sudah boleh dilihat pada pengambilan satu botol atau penggunaan satu atau bulan sahaja. Namun sebaiknya diteruskan bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan,'' ujar Aliff Syukri yang menyasarkan pada pengguna yang berpendapatan sederhana.

Beliau turut memberitahu bahawa D'Herbs Healthy Sdn Bhd yang mempunyai kilang sendiri, iaitu Aliff Herbs Manufacturing di Kuala Selangor akan mengeluarkan satu lagi produk baru dalam masa terdekat ini serta membuka sebuah spa di Damansara.
 

Langkah tersebut adalah untuk melindungi pengguna daripada tertipu dengan bahan-bahan yang tidak selamat dan merbahaya pada kesihatan.

Beliau menjelaskan, selain berniaga, harapan beliau adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan dalam masa yang sama tidak membebankan pengguna.

Katanya, D'Herbs membuka peluang kepada semua untuk menjadi usahawan atau pengedar dengan modal serendah RM350 sahaja. Keuntungan yang diperoleh adalah di antara 30 hingga 40 peratus. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi stokis negeri atau ibu pejabat. Bercerita lebih lanjut, Pengarah Urusan D'Herbs ini berkata, sebagai menghargai usaha para stokis, pengedar dan pengguna, pihaknya akan mengadakan Malam Gala D'Herbs yang bertemakan Semalaman Di Los Angeles pada 27 April ini bertempat di Sunway Lagoon Resort Hotel.


Seramai 1,500 orang stokis, pengedar dan pengguna dijangka hadir. Turut dijemput ialah pengasas kosmetik yang lain.Pada malam itu nanti, pihak D'Herbs akan menyampaikan anugerah kepada pengedar dan pengguna yang mencapai tahap jualan yang tinggi.

Selain berpeluang beramah mesra dengan beliau sendiri, para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal seperti Anuar Zain, Adira, Misha Omar dan Bienda.

Aliff Syukri berkata, ini merupakan malam gala pertama yang diadakan oleh D'Herbs Healthy Sdn Bhd.''Pada tahun-tahun lalu, pihak kami hanya mengadakan bengkel-bengkel kecantikan di seluruh negara. Namun tahun ini, kami mempunyai peruntukan dan kami ingin berkongsi dengan mereka yang telah turut memajukan syarikat ini,'' katanya lagi.


Ciri-ciri usahawan muslim berjaya


Jujur dan Amanah – Jangan Menipu

Jujur dan amanah!! Itulah sifat utama yang perlu ada pada seorang peniaga Muslim. Seseorang peniaga yang menipu dalam jualannya tidak selamanya akan terus memperoleh keuntungan. Masyarakat pada hari ini semakin bijak menilai dan menganalisis pastinya akan dapat menghidu penipuan yang dijalankan. Akhirnya, kerugian akan berpatah balik kepada peniaga kerana kepercayaan para pembeli semakin berkurangan. Maka atas sebab itu, Islam telah mengunjurkan agar setiap Muslim yang menjalankan urusniaga mestilah bersifat jujur dengan perniagaannya. Jangan sesekali menjual barangan yang telah rosak, menipu sukatan atau timbangan, menjual sesuatu dengan mengambil keuntungan yang sangat besar sehingga menyukarkan pembeli dan sebagainya. Dari segi amanah pula, seseorang peniaga Muslim tidak sepatutnya berbuat seleweng demi meraih keuntungan semata-mata. Aktiviti jual beli yang diselangi dengan perbuatan pecah amanah hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Pecah amanah ini seringkali berlaku kepada syarikat-syarikat besar yang mana ada dalam kalangan ahlinya yang membocorkan rahsia syarikat kepada pihak-pihak berkepentingan. Apa yang boleh diperkatakan, pecah amanah boleh berlaku disebabkan sifat tamak yang membuak-buak dalam diri. Berpunca daripada ini juga, boleh timbul permasalahan yang lain seperti rasuah dan sebagainya. Sayangnya, ramai peniaga Muslim pada hari ini yang bersikap tidak sabar dan gelojoh untuk meraih keuntungan dalam perniagaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang sanggup menipu dan memperdaya para pengguna. Dalam Al-Quran dengan jelas telah menyebut dan mengangkat martabat orang-orang yang bersikap jujur iaitu melalui Surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.”

Melalui ayat ini, dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa kejujuran itu merupakan sifat yang penting dan terpuji serta patut diamalkan bukan hanya dalam konsep perniagaan sebaliknya juga dalam hal-hal kehidupan seharian.


Hindari Riba’

Apa itu riba? Mengikut pengertian Syarak, riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan Syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya. Pasti masih ramai para peniaga Muslim yang belum mengetahui tentang konseptual riba dengan lebih mendalam. Tetapi, apa yang boleh diperkatakan adalah riba merupakan suatu perbuatan yang diharamkan oleh ALLAH SWT untuk diamalkan dalam perniagaan. Firman ALLAH SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH SWT telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada ALLAH SWT. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah, 2:275)

Konsep riba pada hari ini dilihat semakin berleluasa tidak kira dalam perniagaan yang kecil mahupun yang besar dan tidak dinafikan begitu ramai dalam kalangan peniaga Muslim juga terlibat dengan amalan riba. Perlu diketahui bahawa riba terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Riba Al-Fadhl, Riba Al-Yad, dan Riba’ Al-Nasi’ah.






§  Riba Al-Fadhl

Riba jenis ini bermaksud riba yang dibayar lebih kepada sesuatu pihak yang menukarkan barang. Sebagai contoh, satu kilo beras mahsuri ditukarkan dengan satu kilo beras yang lain iaitu berlainan jenis dan kualiti.


§  Riba Al-Yad

 Riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli. Contohnya, seseorang individu yang berakad sebanyak RM50.00 tetapi apabila diluar akad dibayar RM60.00.

§  Riba Al-Nasi’ah

Riba Al-Nasi’ah adalah riba yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Mengambil contoh pinjaman yang dilakukan hanyalah sebanyak RM100.00 tetapi yang perlu dibayar semula adalah berjumlah RM120.00.

Oleh itu, para peniaga Muslim perlulah menjauhi amalan riba dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Riba tidak langsung menguntungkan malah hanya memudaratkan serta turut mengundang dosa dan balasan seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Riba juga hanya akan menyukarkan dan menindas pihak pembeli atau pengguna kerana mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu keperluan. Dalam situasi yang lain, riba boleh dikategorikan sebagai satu pemerasan dan penindasan terhadap orang-orang miskin kerana mereka akan terus terbeban untuk menjelaskan hutang sedia ada disebabkan bunga yang sentiasa bertambah apabila hutang lambat dibayar. Konklusinya, hindarilah riba!! Riba hanya akan mendorong pelakunya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam sangat menekankan agar umatnya senantiasa berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat.

Saling Redha-Meredhai

Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang mempunyai elemen saling redha meredhai antara satu sama lain iaitu antara penjual dengan pembeli. Dalam erti kata lain, jual beli yang dijalankan secara paksa adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap pembeli mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu barangan terletak kepada mereka. Maka, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya seseorang penjual memaksa orang lain untuk membeli barangan yang dijual. Bukan itu sahaja, paksaan juga boleh menimbulkan pergaduhan dan perselisihan antara kedua-dua belah pihak. Persoalannya, mengapakah elemen saling redha-meredhai penting dalam diri setiap peniaga dan pembeli? Hal ini demikian kerana, Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.” (Al-Nisa, 4:29)

Bagi mencapai sifat redha-meredhai, para peniaga dan pembeli juga seharusnya mempunyai satu sikap lain iaitu boleh bertolak ansur sesama sendiri. Umumnya, tawar-menawar sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan di antara pihak penjual dengan pihak pembeli. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu mengetahui akan had atau batas dalam tawar-menawar. Sekiranya boleh, tidak menjadi masalah untuk para peniaga bertolak ansur dengan memberikan harga yang lebih rendah dan berpatutan seperti yang ditawarkan oleh pembeli. Akan tetapi, pihak pembeli juga seharusnya sedar supaya mereka tidak meminta harga yang terlalu rendah kerana boleh mendatangkan kerugian kepada pihak peniaga. Oleh itu, bermula daripada sinilah perlunya sikap bertolak ansur antara satu sama lain dan hasil daripada bertolak ansur tersebut boleh menimbulkan rasa saling redha-meredhai antara penjual dengan pembeli sekiranya proses jual beli tersebut berlaku.

Tujuan Islam menekankan konsep saling redha-meredhai antara satu sama lain adalah untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan tertindas. Perniagaan sepatutnya berjalan dalam suasana yang harmonis dan boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Perlu difahami bahawa konsep perniagaan sangat luas. Perniagaan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu kontrak iaitu kedua-dua belah pihak yang berkontrak mestilah mendapat keuntungan masing-masing. Sikap redha-meredhai adalah bertujuan menghindarkan rasa tidak puas hati dan tertipu yang berkemugkinan boleh berkembang menjadi suatu masalah yang lebih besar.



Tuesday, October 7, 2014

Dasar Ekonomi Baru

Dasar  Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak.. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
 Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
·         penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
·         pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
·         Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
·         Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
·         Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
·         Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.


Thursday, September 25, 2014


Contoh-contoh usahawan melayu berjaya di Malaysia...


1. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia dan pertama orang melayu kaya di Malaysia. Beliau Dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah, dari keluarga yang berasal dari Hadhramawt, Yemen dan mempunyai tujuh orang adik-beradik, beliau merupakan anak yang ke tiga.  Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam serba kekurangan pada usia mudanya. Atas faktor kesempitan hidup, beliau hanya mampu bersekolah hingga ke Tingkatan Lima untuk memberi laluan kepada adik-beradik yang lain meneruskan pelajaran.
Kisah kejayaan dalam bidang perniagaan beliau bermula dengan membantu ibu dan bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an. Namun perniagaan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit yang melanda pada ternakan mereka. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Syarikat lori yang dikenali sebagai Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha beliau tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-5 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini
Taikun Malaysia ini telah meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Dikenali sebagai seorang figura yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang luar biasa tingginya, beliau telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Terbaru, jutawan berhati mulia ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan Pudu.
Sebagai "Jutawan Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu bapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  adalah seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan. Antara pingat dan anugerah yang diterima oleh beliau ialah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan.



2. YBhg. Tan Sri Dato' Azman Hashim


YBhg. Tan Sri Dato' Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1939. Beliau mempunyai 13 orang  adik-beradik dan beliau merupakan anak ketiga di dalam keluarganya. Bapanya bekerja sebagai juruteknik manakala ibunya pula seorang guru. Beliau bersekolah di Malay Boy's School, Setapak dan kemudiannya ke Methodist Boy's School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada tahun 1954 ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun 1960. Apabila pulang ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah empat tahun di Bank Negara, beliau memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964. Kemudiannya dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered Accountants). Beliau meninggalkan syarikat itu pada Mei 1971 dan menyertai Malayan Banking Berhad sebagai Pengarah Eksekutif (Jun 1971-Dis 1980). Beliau juga merupakan Pengarah di bank yang sama semenjak tahun 1966. Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982. Tahun 1982 merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila berjaya membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai (kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB). Di tahun yang sama, beliau telah membeli Arab-Malaysian Development Bank (kemudiannya Arab Malaysian Merchant Bank atau AMMB). Kini beliau merupakan Group Chairman bagi Arab-Malaysian Group of Companies. Di antara kumpulan yang mana beliau menjadi pengerusinya adalah AMMB Holding Berhad Group, Arab-Malaysian Corporation Berhad Group, Arab-Malaysian Finance Berhad, Arab-Malaysian Credit Berhad, Arab-Malaysian Property Trust Management Berhad, Arab-Malaysian Development Berhad Group dan Redifussion Berhad Group. Beliau juga menjadi pengerusi bagi South Peninsular Industries Berhad, Pembangunan MasMelayu Berhad, Malaysian South Corporation Berhad dan MIMOS Berhad. Penglibatan beliau dalam bidang kewangan, meliputi bank saudagar, bank perdagangan, saham, insurans hayat dan insurans am, amanah harta dan pengurusan unit amanah, pembangunan harta termasuk kediaman dan rumah rehat, pembuatan, pelancongan dan percutian amat membanggakan. Beliau pernah di antaranya dinamakan sebagai seorang dari Asia's Banker of the Year (1985) oleh Asian Finance, dianugerahkan ASEAN Businessman of the Year (1993) oleh ASEAN Busines Forum dan Manager of the Year (1995) oleh Harvard Business School Alumni Club of Malaysia.Selain itu beliau juga merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini.




Friday, September 19, 2014

       Maksud dan Revolusi Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk
mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam
‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau
perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa
dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima
manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

 1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan
tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut
dibangunkan.

 2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang
dilakukan.

 3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam  bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

 4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.
Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan
seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.



Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi
dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar
(environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan
kelembagaan (institution).
Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mcipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya / proses mcipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu:
1)       Mencipta sesuatu proses yang baru & mempunyai nilai kepada  usahawan & pasaran          dimana              proses tersebut dibangunkan.
2)        Perlukan kesetiaan terhadap masa & usaha yang dilakukan.
3)        Individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan          terutama dari             aspek kewangan, psikologi & sosial.
4)       Menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

 Peter F .Drucker mengatakan bahawa “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”




Revolusi keusahawanan
Zaman
Konsep dan Teori
Pada zaman permulaan
§  Bermula zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah.
§  menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yg pasif.
§  keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan
§  mereka sebagai seorang yg terlibat di dalam menjaga & mengawal projek produksi yg besar.
§  menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan.
§  mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka adalah seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam & gereja.
Abad ke 17
§  Terdapat hub diantara risiko & usahawan.
§  Mereka menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk sediakan perkhidmatan/ membekalkan produk yang telah ditentukan.
§  Harga kontrak adalah tetap jadi, rugi / untung ditanggung oleh usahawan.
§  Pakar ekonomi Richard Cantillion berpendapat mereka merupakan penerima risiko.
Abad ke 18
§  mereka dipisahkan daripada pembekal modal atau pemberi modal.
§  Ini kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. seperti Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20
§  bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. Individu yang mencipta produk yang belum ada di dunia ini contohnya seperti Bill Gates mencipta Microsoft dan juga Steve Jobs yang mencipta Apples.
Abad ke 21
§  mereka sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.
§  mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko
§   ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.