Strategik pemasaran dua syarikat air
kesihatan:
1. Aqua
Antara strategik yang yang dilakukan
syarikat ini ialah memilih nama yang mudah untuk diingat dan ianya berkaitan
dengan produk yang dikeluarkan. Semua pengguna dapat memahami bahawa perkataan
aqua berkaitan dengan air maka dengan automatiknya pengguna dapat mengetahui
produk yang dijual. Antara lain kekuatan perniagaan ini dapat kekal dalam
pasaran lebih dari 40 tahun ialah mempunyai
staff atau pekerja yang komited dalma membantu syarikat untuk berjaya dalam pengeluaran
air kesihatan ini. Seterusnya ialah mereka dapat melihat peluang dan masalah
yang dihadapi di Indonesia untuk memperoleh air yang bersih dan sihat, dengan
wujud produk aqua ini mereka telah dapat menyelesaikan masalah penduduk di
Indonesia. Antara strategik lain yang digukan oleh syarikat ini ialah meletak
produk mereka setaraf dengan produk-produk besar yang telah lama berada dalam
pasaran contoh seperti coca-cola dan lain-lain lagi. Syarikat aqua ini juga
telah menggunakan warna biru sebagai warna rasmi produk mereka yang bermaksud
air yang bersih dan sihat. Staf-staf pemasaran mereka telah memasarkan produk
Aqua disetiap kedai runcit dan kawasan kunjugan orang ramai dengan cara ini mereka
akan dapat maklum balas secara langsung dan lebih cepat dari peruncit dan
pembeli @ pengguna. Selain itu Syarikat Aqua juga telah menjalankan
tanggungjawab social koperat dengan member sumbangan kepada program-program
yang bersesuaian seperti acara sukan dan lain-lain lagi. Ianya juga boleh
dianggap sebagai serampang dua mata kerana selain mendapat pelepasan cukai
ianya juga sebagai promosi atau publisiti produk air kesihatan Aqua kepada
masyarakat. Ianya suatu strategik yang bijak dan promosi secara sumbangan ini
lebih berkesan kepada pengguna unruk mengenali syarikat Aqua. Selain itu, untuk
mengekalkan produk Aqua lebih lama berada dalam pasaran di Indonesia syarikat
Aqua telah berkloberasi atau bergam=bung dengan syarikat dari luar negara yang
juga satu jenama yang besar dan dikenali ramai diseluruh dunia iaitu Danone.
Ianya dapat menyakinkan masyarakat di Indonesia kerana pengaruh dari syarikat
luar yang mempunyai suatu nama yang besar. Selain penjual air, syarikat Aqua
juga menyediakan perkhidmatan “Aqua Home Service” dalam membantu isirumah yang
memerlukan air yang bersih dan sihat.
2. Pocari Sweat
Pocari Sweat merupakan suatu perniagaan
yang bermula dari Jepun. Syarikat ini mengeluarkan produk air untuk memberi tenaga
dan kesihatan. Mereka melakukan kajian sendiri dan mempunyai pekerja yang berkepakaran
dalam menghasilkan air kesihatan dan untuk tenaga. Mereka menhasilkan produk
ini melalui pengalaman mereka sendiri dan melihat tabiat orang ramai yang
mahukan air untuk memulihkan tenaga disamping baik untuk kesihatan juga. Untuk
mengeluarkan produk ini mereka memerlukan suatu idea yang kritis kerana ianya
suatu yang belum ada di dalam pasaran pada ketika zaman itu. Masyarakat Jepun
pada masa itu lebih mementingkan dan menjaga kesihatan, disebabkan itulah
syarikat ini telah menemui idea untuk mencipta air kesihatan dan tenaga ini.
Saya lihat setiap pekerja disyarikat ini, mereka komited dan bersungguh-sungguh
dalam mencipta produk ini, ianya suatu budaya yang perlu ada dalam semua syarikat
yang wujud kerana pekerja merupakan tulang belakang kejayaan sebuah syarikat
itu. Pada April 1980, produk pertama syarikat retsebut telah dikeluarkan dan
diberi nama “Pocari Sweat” pekerja bahagian pemasaran telah memasarkan produk
mereka ke setiap kedai tetapi menerima respon yang negative kerana peruncit
tidak yakin produk tersebut tidak diterima oleh orang ramai. Pemberian secara
percuma kepada kanak-kanak sekolah dan orang awam selepas bersenam merupan strategic
pemasaran yang berkesan kepada syarikat ini. Setelah itu orang ramai mula
mencari produk ini di pasaran dan tanpa diduga setiap tahun penjualan air
Pocari Sweat ini meningkat saban tahun dan sekarang syarikat ini telah
memasarkan lebih ke 16 buah negara dan pemberian kepada setiap hospital kerana
ianya terbukti sebagai air untuk kesihatan dan baik kepada pesakit.
