Thursday, September 25, 2014


Contoh-contoh usahawan melayu berjaya di Malaysia...


1. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia dan pertama orang melayu kaya di Malaysia. Beliau Dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah, dari keluarga yang berasal dari Hadhramawt, Yemen dan mempunyai tujuh orang adik-beradik, beliau merupakan anak yang ke tiga.  Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam serba kekurangan pada usia mudanya. Atas faktor kesempitan hidup, beliau hanya mampu bersekolah hingga ke Tingkatan Lima untuk memberi laluan kepada adik-beradik yang lain meneruskan pelajaran.
Kisah kejayaan dalam bidang perniagaan beliau bermula dengan membantu ibu dan bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an. Namun perniagaan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit yang melanda pada ternakan mereka. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Syarikat lori yang dikenali sebagai Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha beliau tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-5 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013 baru-baru ini
Taikun Malaysia ini telah meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi. Dikenali sebagai seorang figura yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang luar biasa tingginya, beliau telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Terbaru, jutawan berhati mulia ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor dan juga di Jalan Pudu.
Sebagai "Jutawan Dermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu bapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  adalah seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan. Antara pingat dan anugerah yang diterima oleh beliau ialah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan.



2. YBhg. Tan Sri Dato' Azman Hashim


YBhg. Tan Sri Dato' Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1939. Beliau mempunyai 13 orang  adik-beradik dan beliau merupakan anak ketiga di dalam keluarganya. Bapanya bekerja sebagai juruteknik manakala ibunya pula seorang guru. Beliau bersekolah di Malay Boy's School, Setapak dan kemudiannya ke Methodist Boy's School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada tahun 1954 ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun 1960. Apabila pulang ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964. Setelah empat tahun di Bank Negara, beliau memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964. Kemudiannya dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered Accountants). Beliau meninggalkan syarikat itu pada Mei 1971 dan menyertai Malayan Banking Berhad sebagai Pengarah Eksekutif (Jun 1971-Dis 1980). Beliau juga merupakan Pengarah di bank yang sama semenjak tahun 1966. Beliau kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank Berhad dari Disember 1980 hingga Mac 1982. Tahun 1982 merupakan tahun yang membawa tuah kepada beliau apabila berjaya membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai (kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB). Di tahun yang sama, beliau telah membeli Arab-Malaysian Development Bank (kemudiannya Arab Malaysian Merchant Bank atau AMMB). Kini beliau merupakan Group Chairman bagi Arab-Malaysian Group of Companies. Di antara kumpulan yang mana beliau menjadi pengerusinya adalah AMMB Holding Berhad Group, Arab-Malaysian Corporation Berhad Group, Arab-Malaysian Finance Berhad, Arab-Malaysian Credit Berhad, Arab-Malaysian Property Trust Management Berhad, Arab-Malaysian Development Berhad Group dan Redifussion Berhad Group. Beliau juga menjadi pengerusi bagi South Peninsular Industries Berhad, Pembangunan MasMelayu Berhad, Malaysian South Corporation Berhad dan MIMOS Berhad. Penglibatan beliau dalam bidang kewangan, meliputi bank saudagar, bank perdagangan, saham, insurans hayat dan insurans am, amanah harta dan pengurusan unit amanah, pembangunan harta termasuk kediaman dan rumah rehat, pembuatan, pelancongan dan percutian amat membanggakan. Beliau pernah di antaranya dinamakan sebagai seorang dari Asia's Banker of the Year (1985) oleh Asian Finance, dianugerahkan ASEAN Businessman of the Year (1993) oleh ASEAN Busines Forum dan Manager of the Year (1995) oleh Harvard Business School Alumni Club of Malaysia.Selain itu beliau juga merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini.




Friday, September 19, 2014

       Maksud dan Revolusi Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk
mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam
‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau
perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa
dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima
manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

 1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan
tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut
dibangunkan.

 2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang
dilakukan.

 3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam  bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

 4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.
Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan
seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.



Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi
dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar
(environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan
kelembagaan (institution).
Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mcipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya / proses mcipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu:
1)       Mencipta sesuatu proses yang baru & mempunyai nilai kepada  usahawan & pasaran          dimana              proses tersebut dibangunkan.
2)        Perlukan kesetiaan terhadap masa & usaha yang dilakukan.
3)        Individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan          terutama dari             aspek kewangan, psikologi & sosial.
4)       Menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

 Peter F .Drucker mengatakan bahawa “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”




Revolusi keusahawanan
Zaman
Konsep dan Teori
Pada zaman permulaan
§  Bermula zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah.
§  menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yg pasif.
§  keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan
§  mereka sebagai seorang yg terlibat di dalam menjaga & mengawal projek produksi yg besar.
§  menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan.
§  mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka adalah seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam & gereja.
Abad ke 17
§  Terdapat hub diantara risiko & usahawan.
§  Mereka menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk sediakan perkhidmatan/ membekalkan produk yang telah ditentukan.
§  Harga kontrak adalah tetap jadi, rugi / untung ditanggung oleh usahawan.
§  Pakar ekonomi Richard Cantillion berpendapat mereka merupakan penerima risiko.
Abad ke 18
§  mereka dipisahkan daripada pembekal modal atau pemberi modal.
§  Ini kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. seperti Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20
§  bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan. Individu yang mencipta produk yang belum ada di dunia ini contohnya seperti Bill Gates mencipta Microsoft dan juga Steve Jobs yang mencipta Apples.
Abad ke 21
§  mereka sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.
§  mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko
§   ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.